Khamis, 12 Mac 2009

Virus Melanda..

Baru-baru ini, beberapa buah komputer di ADN Minda telah di serang virus yang tidak di ketahui secara tibe-tibe. Dan ini telah menyebabkan beberapa fail system hilang dan antivirus yang kami gunakan di sini pun tidak dapat mengesan virus tersebut dan tidak berfungsi untuk mengesan juga. Selain itu, virus itu juga telah menghilangkan run commamd, command prompt dan juga control panel. Ini telah mengakibatkan semua kerja berhenti seketika. Tindakan seorang staff yang menyedari situasi ini telah menyelamatkan komputer-komputer yang lain dari di serang virus tersebut. Kami terpaksa off network buat sementara waktu untuk menghilangkan virus yang melanda di beberapa buah komputer. Kami telah mencari alternatif lain memandangkan antivirus yang kami gunakan iaitu avg tidak dapat mengesan virus tersebut. Dan akhirnya kami telah menggunakan antivirus norton untuk menghapuskan virus tersebut dan akhirnya semua system dapat di selamatkan dan keaadaan kembali pulih seperti biasa. Kami telah mengambil langkah berjaga-jaga supaya virus itu tidak menyerang lagi.

Selamat tinggal perosak system ...iaitu virus..=)

Tiada ulasan: