SUKAR menepis kebimbangan masyarakat antarabangsa mengenai pelbagai krisis yang melanda dunia hari ini. Mengikut jangkauan kemelesetan ekonomi, masalah sosial masyarakat serta tragedi peperangan di Gaza antara cabaran hebat yang terpaksa dihadapi. Di tengah kekalutan itu, sektor pendidikan dikatakan antara sektor kurang terjejas malah menjadi tumpuan ramai. Adakah perkara ini betul dan tidak perlu di bimbangkan. Bersesuaian dengan fungsinya sebagai nadi terkuat pembangunan modal insan, ia dianggap senjata penyelamat kerana mampu memberi peluang masyarakat melanjutkan pengajian dan lebih bersedia apabila krisis ini berakhir.
Presiden Management Science University (MSU) dan Kumpulan Kolej PTPL, Profesor Datuk Wira Mohd Shukri Ab Yajid, berkata masyarakat perlu bersikap optimis dan berpandangan positif ketika berdepan cabaran selain melihat krisis itu sebagai sebahagian ujian mengecapi kejayaan lebih hebat pada masa depan.
Meskipun ada sektor terjejas akibat kemelut ekonomi dunia, masyarakat seharusnya percaya sektor pendidikan mampu menjadi pemangkin terbaik mengubah pencapaian diri.
Menurutnya, membina sikap optimis perlu kerana dapat menyiapkan diri dengan pelbagai kemahiran atau ilmu sekali gus membantu meningkatkan taraf hidup dan keupayaan individu.
"Krisis yang bakal berlaku atau sedang kita hadapi ini memang mencabar, menduga kesabaran dan kemampuan namun jangan anggap ia sebagai halangan untuk lebih berjaya.
"Meskipun perit, inilah masanya seseorang merancang sesuatu yang boleh mendatangkan manfaat seperti melanjutkan pengajian. Sekarang mungkin tidak nampak kebaikannya, tapi apabila ekonomi sudah pulih, persediaan sudah ada.
Khamis, 5 Februari 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan