Selasa, 17 Februari 2009

ANDA LEPASAN PLKN!! DAN INGIN BELAJAR KOMPUTER!!

Kami di ADN Minda sedia membantu anda semua yang berminat untuk mendapatkan latihan IT. Kami menyediakan kemudahan yang baik untuk anda semua. Antaranya kelas yang berhawa dingin dan sistem pembelajaran yang kondusif. Selain itu juga, kami akan menawarkan hadiah percuma kepada 10 pendaftar pertama yang mendaftar di sini. Hadiah itu berupa sebuah pendrive 2 GB. Sesiapa yang berminat boleh lah berkunjung di tempat kami sendiri atau untuk mendapatkan keterangan lanjut, anda boleh menghubunyi kami di talian 07-9251722. Kami menawarkan latihan ini kepada semua yang berminat terutama kepada mereka yang baru habis menjalani latihan PLKN dan berminat terhadap bidang IT.

Jumaat, 13 Februari 2009

Promotion Bulan March

Kami di ADN Minda telah mengadakan promotion computer hardware di sini. Antaranya adalah printer, pendrive dan mouse. Terdapat 3 model printe, 2 model pendrive dan 1 model mouse. Bagi printer, terdapat jenis Canon ip 1980, Canon MP145 dan HP D2560. Selain itu, terdapat 2 jenis pndrive iaitu 2GB dan 4GB jenis Kingstone. Dan mouse pula adalah dari jenis EG Optical. Anda boleh datang ke tempat kami, ADN Minda sekiranya berminat. Harga yang di tawarkan adalah sangat berpatutan, seiring dengan harga yang terdapat di pasaran. Semuanya istimewa untuk bulan Mac yang akan datang tidak lama lagi.

Selasa, 10 Februari 2009

Program Bersama-sama Pelajar Aplikasi

Mengikut perancangan, ADN Minda Management Services akan mengadakan beberapa program untuk para palajar aplikasi yang telah tamat sesi pembelajaran mereka di sini. Program ini adalah bertujuan untuk memberi taklimat kepada pelajar seperti taklimat kerjaya, kesihatan dan lain-lain lagi serta dapat mengisi masa lapang mereka dengan perkara yang berfaedah. Program ini di jangka akan di adakan pada penghujung bulan Februari dan awal bulan Mac. Kami di ADN Minda sentiasa inginkan kelainan. Oleh itu, kami akan mengadakan program yang telah di tetapkan nanti.

Isnin, 9 Februari 2009

Cara-cara buat Internet Connection Sharing

Pada minggu yang lepas,adnminda telah menghadapi masalah berkaitan dengan Internet Connection Sharing. Kami menggunakan kable network pc ke pc. Kami berjaya membuat Network Connection tetapi tidak dapat membuat Internet Connection antara dua pc tersebut. kami telah mengikut beberapa langkah untuk membuat Internet Connection Sharing. Langkah-langkah tersebut ialah :

1) Pergi ke Start, kemudian klik pada Control Panel
2) Klik Network dan Internet Connections
3) Klik Network Connection
4) Klik kanan,pada Connection yang kita hendak Connect pada internet
5) Klik pada Propeties
6) Klik Advanced
7) bawah Internet Connection Sharing, tanda pada kotak Allow other network user to connect through this computer's internet connection
8) Tanda pada Establish a dial-up connection whenever a computer on my network attempts to access the Internet jika kita hendak membenarkan komputer connect pada internet secara automatik
9) Klik Ok, anda akn mendapat mesej seperti di bawah :

When Internet Connention Sharing is enabled, your LAN adapter will be set to use IP
address 192.168.0.1. your computer may lose connectivity with other compuetrs on your
network. If these other computers have static IP address, it is good idea to set them to
obtain their IP address automactically. Are you sure you want to enable Internet
Connection Sharing?

10) Klik Yes

Selamat Mencuba
-Majulah Minda Untuk IT-

Jumaat, 6 Februari 2009

...Sekadar Renungan...


Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR..
Teman yang paling akrab ialah AMAL..
Pengawal peribadi yang paling waspada ialah DIAM..
Bahasa yang paling manis ialah SENYUM..
Ibadah yang paling indah ialah KHUSYUK..


Khamis, 5 Februari 2009

SUKAR menepis kebimbangan masyarakat antarabangsa mengenai pelbagai krisis yang melanda dunia hari ini. Mengikut jangkauan kemelesetan ekonomi, masalah sosial masyarakat serta tragedi peperangan di Gaza antara cabaran hebat yang terpaksa dihadapi. Di tengah kekalutan itu, sektor pendidikan dikatakan antara sektor kurang terjejas malah menjadi tumpuan ramai. Adakah perkara ini betul dan tidak perlu di bimbangkan. Bersesuaian dengan fungsinya sebagai nadi terkuat pembangunan modal insan, ia dianggap senjata penyelamat kerana mampu memberi peluang masyarakat melanjutkan pengajian dan lebih bersedia apabila krisis ini berakhir.
Presiden Management Science University (MSU) dan Kumpulan Kolej PTPL, Profesor Datuk Wira Mohd Shukri Ab Yajid, berkata masyarakat perlu bersikap optimis dan berpandangan positif ketika berdepan cabaran selain melihat krisis itu sebagai sebahagian ujian mengecapi kejayaan lebih hebat pada masa depan.
Meskipun ada sektor terjejas akibat kemelut ekonomi dunia, masyarakat seharusnya percaya sektor pendidikan mampu menjadi pemangkin terbaik mengubah pencapaian diri.
Menurutnya, membina sikap optimis perlu kerana dapat menyiapkan diri dengan pelbagai kemahiran atau ilmu sekali gus membantu meningkatkan taraf hidup dan keupayaan individu.
"Krisis yang bakal berlaku atau sedang kita hadapi ini memang mencabar, menduga kesabaran dan kemampuan namun jangan anggap ia sebagai halangan untuk lebih berjaya.
"Meskipun perit, inilah masanya seseorang merancang sesuatu yang boleh mendatangkan manfaat seperti melanjutkan pengajian. Sekarang mungkin tidak nampak kebaikannya, tapi apabila ekonomi sudah pulih, persediaan sudah ada.

Rabu, 4 Februari 2009

Windows Vista

Apakah kelebihan Windows Vista berbanding XP??

Banyak kelebihannya, antaranya :
1.Mempunyai software yang telah diperbaharui seperti Microsoft Office 2007.
2.Mempunyai penampilan yang futuristik dan moden.
3.Spesifikasi yang tinggi.
4.Windows Vista punya graphis yang bagus.
5.Vista tiada "don't send error".

Tetapi vista banyak kekuranganya juga, salah satunya kerana terlalu tinggi spesifikasinya masih banyak software yang tidak dapat di instal di vista. Contohnya game-game yang berada di pasaran.
Selain itu, Windows Vista lebih mahal harganya dam mesti mempuyai sekurang-kurangnya RAM sebanyak 2GB.

Pilihan terletak di tangan anda, samada ingin menggunakan Windows XP atau Windows Vista.

Selasa, 3 Februari 2009

Peluang Pekerjaan

Memang kita semua sudah sedia maklum, pada masa sekarang negara sedang menghadapi kegawatan ekonomi. Ramai pekerja yang telah di berhentikan dan kehilangan pekerjaan. Kebanyakkannya adalah di kalangan pekerja-pekerja kilang. Hal ini menjadikan peratus orang yang menganggur atau tiada pekerjaan semakin tinggi. Justeru itu, semua pihak perlu sedar dan mengambil kira betapa seriusnya akan masalah ini. Kami di ADN Minda perihatin terhadap masalah ini. Kami juga telah menjumpai permohonan pekerjaan yang di tawarkan oleh Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG). Tarikh tutup permohonan adalah pada 10 Februari 2009.
Sesiapa yang berminat boleh lah brkunjung atau melawat di laman http://www.malaysiaworker.blogspot.com/ untuk melihat keterangan yang lebih lanjut lagi.
Kami di ADN Minda sentiasa membantu untuk mencari peluang-peluang yang ada untuk semua orang.

Isnin, 2 Februari 2009

Jenis- jenis Virus

Pada masa sekarang, ramai yang tidak tahu lagi bahawa terdapat pelbagi jenis virus yang boleh menyerang laptop dan pc anda semua. Oleh itu, kita perlu mengambil berat tentang hal ini. Terdapat pelbagai jenis virus antaranya Trojan Horses, Worm, Boot, Network, Polymorphic, and rookit. Di setiap komputer anda perlu mempunyai satu jenis antivirus supaya dapat mengesan virus-virus yang terdapat pada komputer atau laptop peribadi anda. Dengan itu, komputer atau laptop anda akan selamat. Kami di ADN Minda telah menggunakan antivirus jenis AVG. Antivirus ini senang di dapati, anda cuma perlu download di internet sahaja. Dan jika anda mahu update, anda hanya perlu mempunyai internet connection dan anda boleh tekan update terus. Antivirus ini selamat di gunakan. Anda perlu perihatin terdapat virus-virus yang boleh menyerang sistem yang terdapat dalam komputer anda. Jangan biarkan mereka memusnahkan komputer anda.

Bertindak sebelum terlambat =)