Sabtu, 31 Januari 2009

Windows XP

Adakah benar sistem operasi ini akan di gantikan terus dengan sistem operasi baru iaitu Windows Vista??

Mesti anda semua terpikir-pikir akan hal ini. Pengguna Windows XP masih lagi boleh menggunakan sistem operasi ini sehingga sekarang tetapi Windows Vista akan menjadi lebih terkenal kerana ia adalah sistem operasi yang baru. Oleh itu, mungkin ramai pengguna Windows XP perlu bertukar kepada Windows Vista suatu hari nanti mengikut perkembangan teknologi IT sekarang.
Kami di ADN Minda mengalu-alukan sebarang komen, cadangan atau pendapat anda semua untuk menaiktaraf dan mengemaskini sistem komputer di ADN Minda.

Khamis, 29 Januari 2009

HILANG PEKERJAAN !!

APA ALTERNATIF ANDA??

Semakin hari, semakin ramai orang yang hilang pekerjaan. Bagi sesiapa yang terlibat dalam masalah ini janganlah berputus asa. Banyak lagi pekerjaan yang menanti anda semua. Kami di ADN Minda sentiasa mengambil tahu tentang isu-isu yang melanda sekarang ini. Banyak lagi perkara yang boleh di lakukan sekiranya ada diantara anda yang telah kehilangan pekerjaan. Sebagai satu alternatif, kami di ADN Minda akan menjalankan pakej latihan IT bagi sesiapa yang berminat dalam bidang perkeranian sepanjang bulan Februari nanti. Sesiapa yang berminat boleh datang ke tempat kami.

Rabu, 28 Januari 2009

Pakej Latihan IT untuk pekerja..

ADN Minda sekali lagi mengalu-alukan kedatangan anda semua untuk menyertai pakej latihan IT yang terbuka kepada semua pekerja yang berminat dalam bidang IT atau perkeranian tetapi tiada kemahiran. ADN Minda mengambil langkah ini adalah untuk membantu para pekerja yang berminat, justeru itu mengisi masa lapang dengan menyertai pakej latihan IT yang di adakan di ADN Minda. Pakej Latihan IT bukan sahaja berfaedah malah dapat menambah lagi ilmu pengetahuan dalam bidang IT dan selain itu dapat membantu mereka yang tidak tahu apa-apa tentang IT. Usah risau, pendaftaran masih di buka sekarang. Anda semua bolehlah mengunjungi tempat kami di ADN Minda Management Services.

Jumaat, 23 Januari 2009

Tujuh kalimat

Sabda Rasulullah S.A.W

" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih laut "

1. Mengucap Bismillah setiap kali hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah setiap kali selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap mengucapkan perkataan yang tidak patut.

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu yang
tidak disukai dan tidak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak
terpisah dari lidahnya.

Khamis, 22 Januari 2009

Special Februari !!

PROGRAM LATIHAN SEMULA PEKERJA

Program ini diadakan bagi semua yang berminat dalam bidang pengkeranian tetapi tiada kemahiran. Kami di ADN Minda sedia membantu anda.

Pakej yang kami tawarkan :
Satu latihan Word, Excel, Publisher, Internet dan Kerja Kursus.

Selain itu juga, anda akan dapat pelbagai kemudahan yang disediakan di sini antaranya :
1) Kelas yang berhawa dingin.
2) Tenaga pengajar yang berpengalaman.
3) Jadual yang fleksibel.

Kami di ADN Minda sentiasa membantu...

Rabu, 21 Januari 2009

Cara-cara format komputer

Di sini kami ingin berkongsi dengan anda semua cara-cara format komputer. Salah seorang daripada kami di ADN Minda telah mendapat tahu secara ringkas cara-cara format komputer dari seorang kawan.

Cara-cara format komputer :
1. backup semua file atau folder yang penting yang ada dalam My Document dan Local C, kemudian letak semua di dalam Local D.
2. setelah backup, pertama sekali masukkan cd
3. kemudian restart terus
4. selepas restart, dan sebelum masuk windows lagi ada kuar "press any key 2 boot from cd"
5. ikut arahan sahaja
6. kalau pc ada 1 partition, create lagi 1 partition

Cara-cara hendak create partition :
1) jika nak format kat partition , tekan escape
2) selepas itu bahagikan saiz harddisk
3) jadikan Local C dan Local D
p/s: cara-cara di atas di buat jika ada 1 partition

Jika ada 2 partition :
1) tidak perlu create partition
2) ikut arahan sahaja
3) kalau nak format kat Local C, pilih "NTFS (Quick)
4) selepas itu ikut sahaja arahan
5) jika perlu format di Local D lagi senang,
6) lepas habis sahaja format Local C, nak format Local D pulak, right click sahaje di Local D
7) selepas itu tekan format
8) right kat "Quick"

seng je..dah siap..camtulah resepi memformat computer =)

Selasa, 20 Januari 2009

Virus komputer

Kami di sini ingin berkongsi tentang apa yang di katakan tentang virus komputer ?
Virus komputer ialah koleksi tatacara yang tersebar dari komputer ke komputer yang mempunyai dokumen atau fail yang boleh dicapai menggunakan komputer. Setelah virus dilaksanakan, ia boleh tersebar sendiri kepada program lain yang terdapat dalam komputer yang sama. Sebagai contoh virus yang terdapat pada e-mel yang boleh berada dengan sendiri pada alamat e-mel seseorang, salin dan menghantar kepada semua alamat e-mel dengan sendirinya. Kebanyakan virus yang menyerang komputer peribadi berada di fail yang mempunyai sambungan .exe atau .com. Setelah virus yang dikepilkan kepada sesuatu fail dipindahkan kepada sistem komputer dan dilaksanakan, virus tersebut akan memulakan proses jangkitan kepada fail lain yang terdapat pada komputer tersebut.
Oleh itu, adalah penting bagi kita untuk memahami apakah bentuk perisian yang berniat jahat yang boleh menyerang sistem komputer kita.

Isnin, 19 Januari 2009

Internet connection

Baru-baru ini kami telah berdepan dengan masalah connection internet.
Ini bukan satu masalah yang besar bagi kami di sini.
Kami mencari punca masalah ini dan rupa-rupanye kami tidak share connection daripada host. Cara kami menyelesaikannya ialah :
1) pergi ke control panel
2) buka network connections.
3) pergi kepada wireless network connections.
4) right click dan amik properties. Satu paparan akan keluar dan tekan advanced.
5) pada internet connection sharing, tanda rite pada kedua-dua kotak dan tekan ok.
Dan setelah itu barulah dapat connection internet.

Tidak ada masalah yang tidak dapat di selesaikan.

Jumaat, 16 Januari 2009

Tarikh-tarikh istimewa voucher untuk keahlian Just For u..

..11 Mac 2009..
..16 April 2009..
..19 Jun 2009..
..25-28 Ogos 2009..
..1 Oktober 2009..
..4 Disember 2009..

*Ingati tarikh-tarikh istimewa ini...

Rabu, 14 Januari 2009

Just FOR u

Jadilah ahli di ADN MINDA..
Kami menyediakan kad ahli kepada sesiapa yang berminat.
Banyak perkhidmatan yang kami tawarkan..

Segera lah menjadi ahli..

"Just FOR u"

Isnin, 12 Januari 2009

Assalamualaikum..

Dalam melalui kehidupan seharian,dlm sibuk dgn tugasan dan aktiviti harian, ada baiknya juga kita merenung & bermuhasabah seketika.menilai diri adakah kita memiliki sikap buruk yg dicela oleh ALLAH.... 10 sikap buruk yang dicela:-
*SUKA MARAH2 ! -kmarahan blh membuat seseorang 2 brtindak diluar batas kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dgn MAKI HAMUN,MENGHEDIK,& perkelahian yang blh mgakibatkan kecederaan atau pembunuhan.
*EGO @ SOMBONG -sifat membuat seseorang merasakn dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dr org lain hingga mereka lupa bahawa hanya ALLAH saja yg bersifat MAHA BESAR..
*CINTAKAN DUNIA.. -terlalu mghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi..
*UJUB & SUKA BANGGA DIRI.. -pbuatan ini ada unsur megah dan sombomg dgn kelebihan & kepandaian yg dikurniakan ALLAH. Rasa bersyukur x ada lagi dlm diri kerana telah diselaputi perasaan ego..
*BERMEGAH-MEGAH.. -ia termasuk sikap suka status atau jawatan,gelaran & menerima sanjungan..
*BANYAK CAKAP.. -ALLAH mencela manusia yang suka bercakap perkara yg sia2, fitnah, megumpat, kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kpd prmusuhan & prbalhan sesama manusia..
*GELOJOH KETIKA MAKAN.. -sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang,menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan,yg akhirnya membawa pembaziran..
*KEDEKUT.. -rezeki yg ALLAH berikan lebih suka disimpan hingga banyak. Sifat ini dari membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jln kebaikan seperti DERMA, KEBAJIAKN KPD ALLAH dan membantu orang yg memerlukan nya...
*HASAD DENGKI.. -seseorang yg bsifat dengki sanggup melakukan apa saje dlm bentuk kejahatan @ jenyah. Perbuatan menipu sanggup memusnahkan hidup org lain adalah sifat KEJI yg lahir dr perasaan hasad dengki..
*GEMARKAN PUJIAN @ RIAK.. -Manusia jenis ini suka meminta dipuji dlm setiap perkara yg dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila2. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baik yan selama ini,tidak diiringi dgn kejujuran dan keikhlasan.